Thursday, 13 March 2014

KEMATIAN!!!

Kematian adalah satu perkara yang pasti… memang kita semua tau bahawa ia akan terjadi. Bayangkan, bayangkan wahai sahabat2 yang saya sayangi… jangan hanya baca kerana ia hanya akan menjadi sia-sia. Bayangkanlah wahai sahabat sekalian… supaya ia turun ke lubuk hati kita untuk lebih menghayatinya. Bayangkan! sekarang kita sedang senang-lenang tapi tiba-tiba, nyawa kita diambil. Kita tak sempat nak melakukan persediaan. Badan kita telah berbalut dengan kain kapan. Manusia yang hidup sedang solatkan untuk kita yang dalam keadaan berkapan. Sahabat sekalian, kita dibalut! Dengan kain putih! Kita tahu mengenai kematian semasa kita hidup dan sekarang kita sedang merasainya! Bayangkan, setelah itu, kita yang berbalut kain putih ini diletakkan dalam satu kotak panjang. Owhh… keranda wahai sahabatku sekalian. Kita diusung ke kubur… kalian.. kita tinggal bawah tanah sorang-sorang.. ibu, ayah, adik, abang, kakak, kawan, saudara, ustazah… semua tidak akan ikut kita sehingga ke liang lahad.. sahabat sekalian, liang lahad itu gelap.. siapa yang akan tenangkan kita seperti mana kita ditenangkan oleh ibu bapa kita apabila kita dalam ketakutan dahulu? Sahabat, nanti malaikat nak datang.. nak soal! Sediakah kita? Hati semakin berdebar tapi tiada yang dapat tenangkan kita, beri kata-kata semangat.. kita sorg2 sahabat sekalian! SORANG-SORANG! DALAM LIANG LAHAD YANG GELAP DAN KEADAAN DI ATAS KUBUR JUGA, SURAM!  tiba-tiba kita dengar seretan RANTAI BESI! MALAIKAT SEDANG MENGHAMPIRI KITA! Rantai besi itu adalah hukuman jika kita tidak dapat jawab persoalannya nanti. Sahabat sekalian, MALAIKAT akan pukul dengan RANTAI BESI kalau kita salah atau tidak mampu menjawab soalan yang diberi. Ingat ye, malaikat tidak akan pukul dengan pukulan kasihan, seperti mana pukulan kasihan daripada ibu bapa dan cikgu..

 Berikutnya, apa yang akan berlaku pada kita? Apakah kisah kita dan malaikat dalam liang lahad itu nanti? Baik atau buruk keadaannya? sebenarnya, kita yang akan mencorakkan kisah kita dan malaikat itu nanti. Bagaimana kita mencorakkannya? Dengan amalan kita di dunia lah wahai sahabat yang disayangi sekalian..… sahabat, sentiasalah beringat bahawa kematian itu pasti akan terjadi pada kita. Cuma kita tidak akan tahu bila dan bagaimana keadaan kematian kita nanti. 

No comments:

Post a Comment