Thursday, 13 March 2014

HIDAYAH ^_^

ISLAM…. Indah kan islam tu. Keindahan yang tidak ternilai harganya. Alhamdulilah, Allah memilih saya untuk menerima nikmat hidayah-NYA. Saya mula berubah apabila saya berpindah ke sekolah berasrama. Saya rasa terlalu bersyukur kerana saya yang dulunya terlalu banyak membuat perkara yang Allah murka,tetapi tetap menjadi pilihan Allah untuk kembali ke jalan yang  benar. Allah takdirkan saya masuk ke sekolah asrama yang ketat peraturannya. Yang terlalu menekankan tentang aurat dan solat berjemaah serta tazkirah.
Pada mulanya saya memberontak tetapi lama kelamaan, Allah lembutkan hati saya untuk kembali pada jalan-NYA. Wahai rakan-rakan yang saya sayangi, Allah itu TERLALU MULIA DAN TERLALU BERHARGA UNTUK KITA. Bayangkan wahai sahabat sekalian, dulu saya tidak jaga aurat, jahil tentang Islam, tidak menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, derhaka pada ibu bapa dan orang tua, sombong dan sebagainya.
Tetapi Allah tetap tunjukkan kepada saya jalan yang lurus. JALAN YANG LURUS INI TERLALU INDAH. Allah letakkan saya di sekolah yang mengajar saya apa itu ISLAM, apa PENTINGNYA ISLAM, dan Allah kelilingi saya dengan rakan-rakan yang kuat pegangan agamanya. Mereka sangat bermakna buat saya. Mereka banyak mengajar saya, membantu saya. Dulu masa saya masih lagi kurang kesedaran agama, saya gemar singkatkan tudung saya supaya tidak melebihi daripada bahu. Tetapi apa yang rakan saya selalu buat? Mereka akan bersembang dengan saya sambil tangan mereka, mereka letakkan di bahu saya dan senyap-senyap mereka tarik tudung saya agar melebihi bahu. Saya malu tetapi lama-kelamaan, saya syukur. Inilah kawan sejati saya.
Di sekolah asrama tu, hari-hari kami mendengar tazkirah. Dengan tazkirah ini, banyak perkara yang saya belajar. Dulu saya tak tahu apa pentingnya menjaga aurat tetapi secara perlahan-lahan, saya lebih paham akan tujuan sebenar Allah menetapkan mengapa aurat itu perlu dijaga.
Rakan sekalian, ALLAH ITU TERAMAT MULIA. Kita buat-NYA murka tetapi DIA bantu kita untuk ke jalan yang lurus. DIA beri kita dugaan agar kita dapat perkara yang lebih baik. Untung kan kita ni. Allah sayang kita tapi kita lalai. Sekarang saya faham mengapa ada rakan yang melupakan saya apabila dia mempunyai teman lain untuk bergembira. Itu kerana saya mudah lupa dan lalai apabila Allah kurniakan rasa bahagia pada saya. ITULAH YANG DI NAMAKAN HUKUM KARMA. Saya harap Allah dapat ampunkan saya dan rakan sekalian atas segala perkara dosa yang telah kita lakukan. AMIN…….

Sebelum itu, ingin saya selitkan disini. Kita jika ingin berubah, carilah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu itu akan membuat kita lebih faham tentang apa yang kita perlu ubah. Ilmu itu juga mampu melembutkan hati untuk berubah. Ilmu ini boleh diperolehi melalui tazkirah, usrah, forum dan sebagainya. Sayang sekalian, dalam utube banyak pasal tazkirah. Dalam tv pun banyak. Kalau boleh, lepas subuh jangan tidur. Buka tv 9 pada pukul 7. Ada program ‘Tanyalah Ustaz’. Tengok la. Banyak input sayang sekalian akan dapat. Selain itu, banyak lagi seperti al-kuliyyah, tanyalah ustazah, pesan atok dll. Kalau utube, haaa… taip je ‘ustaz don’ , ‘ustaz kazim’ , ‘Fatimah syarha’ , ‘ustaz azhar idrus’ , ‘ustaz haslin’ dan banyak lagi… haa… yang saya list ni, semua saya punya favourite tau J cuba lawan rasa malas untuk dngr ceramah. Cuma cuba sekali. Kalian semua akan rasa seronok insyallah sebab banyak input baru anda boleh dapat.. semoga berjaya sayang sekalian…

No comments:

Post a Comment