Thursday, 13 March 2014

KEMATIAN!!!

Kematian adalah satu perkara yang pasti… memang kita semua tau bahawa ia akan terjadi. Bayangkan, bayangkan wahai sahabat2 yang saya sayangi… jangan hanya baca kerana ia hanya akan menjadi sia-sia. Bayangkanlah wahai sahabat sekalian… supaya ia turun ke lubuk hati kita untuk lebih menghayatinya. Bayangkan! sekarang kita sedang senang-lenang tapi tiba-tiba, nyawa kita diambil. Kita tak sempat nak melakukan persediaan. Badan kita telah berbalut dengan kain kapan. Manusia yang hidup sedang solatkan untuk kita yang dalam keadaan berkapan. Sahabat sekalian, kita dibalut! Dengan kain putih! Kita tahu mengenai kematian semasa kita hidup dan sekarang kita sedang merasainya! Bayangkan, setelah itu, kita yang berbalut kain putih ini diletakkan dalam satu kotak panjang. Owhh… keranda wahai sahabatku sekalian. Kita diusung ke kubur… kalian.. kita tinggal bawah tanah sorang-sorang.. ibu, ayah, adik, abang, kakak, kawan, saudara, ustazah… semua tidak akan ikut kita sehingga ke liang lahad.. sahabat sekalian, liang lahad itu gelap.. siapa yang akan tenangkan kita seperti mana kita ditenangkan oleh ibu bapa kita apabila kita dalam ketakutan dahulu? Sahabat, nanti malaikat nak datang.. nak soal! Sediakah kita? Hati semakin berdebar tapi tiada yang dapat tenangkan kita, beri kata-kata semangat.. kita sorg2 sahabat sekalian! SORANG-SORANG! DALAM LIANG LAHAD YANG GELAP DAN KEADAAN DI ATAS KUBUR JUGA, SURAM!  tiba-tiba kita dengar seretan RANTAI BESI! MALAIKAT SEDANG MENGHAMPIRI KITA! Rantai besi itu adalah hukuman jika kita tidak dapat jawab persoalannya nanti. Sahabat sekalian, MALAIKAT akan pukul dengan RANTAI BESI kalau kita salah atau tidak mampu menjawab soalan yang diberi. Ingat ye, malaikat tidak akan pukul dengan pukulan kasihan, seperti mana pukulan kasihan daripada ibu bapa dan cikgu..

 Berikutnya, apa yang akan berlaku pada kita? Apakah kisah kita dan malaikat dalam liang lahad itu nanti? Baik atau buruk keadaannya? sebenarnya, kita yang akan mencorakkan kisah kita dan malaikat itu nanti. Bagaimana kita mencorakkannya? Dengan amalan kita di dunia lah wahai sahabat yang disayangi sekalian..… sahabat, sentiasalah beringat bahawa kematian itu pasti akan terjadi pada kita. Cuma kita tidak akan tahu bila dan bagaimana keadaan kematian kita nanti. 

AURAT :-)

Dulu saya tak pernah faham mengapa aurat itu wajib dijaga. Mengapa saya tak faham? Ini kerana kurangnya ilmu di dada yang membuatkan saya dan rakan di luar tu memandang remeh mengenai isu aurat.  Allah suruh kita tutup aurat sebab kita ni berharga. Benda yang berharga, kita akan covernya sebab nak jaga, tak mahu calar, rosak dan cacat. Allah sayang kita tau. Allah punyalah jaga kita semua. Sebab itu Allah suruh kita ‘COVER’ badan kita. Dalam erti kata lain, menutup aurat J  Allah nak bagi kita jadi sesuatu yang exclusive. Waw! Baiknya Allah kan.. kita je yang tak hargai Allah. Bayangkan kita ni exclusive. Boyfriend girlfriend kita pun tak pernah anggap kita ni exclusive tau..

Kenapa saya kata kita ni exclusive? Sebab Allah suruh kita tutup diri kita ni supaya nanti, pasangan sehidup semati kita je boleh tengok tau. Siapa pasangan sehidup semati tu? Of course la suami or isteri kita nanti. Haa.. 

HIDAYAH ^_^

ISLAM…. Indah kan islam tu. Keindahan yang tidak ternilai harganya. Alhamdulilah, Allah memilih saya untuk menerima nikmat hidayah-NYA. Saya mula berubah apabila saya berpindah ke sekolah berasrama. Saya rasa terlalu bersyukur kerana saya yang dulunya terlalu banyak membuat perkara yang Allah murka,tetapi tetap menjadi pilihan Allah untuk kembali ke jalan yang  benar. Allah takdirkan saya masuk ke sekolah asrama yang ketat peraturannya. Yang terlalu menekankan tentang aurat dan solat berjemaah serta tazkirah.
Pada mulanya saya memberontak tetapi lama kelamaan, Allah lembutkan hati saya untuk kembali pada jalan-NYA. Wahai rakan-rakan yang saya sayangi, Allah itu TERLALU MULIA DAN TERLALU BERHARGA UNTUK KITA. Bayangkan wahai sahabat sekalian, dulu saya tidak jaga aurat, jahil tentang Islam, tidak menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, derhaka pada ibu bapa dan orang tua, sombong dan sebagainya.
Tetapi Allah tetap tunjukkan kepada saya jalan yang lurus. JALAN YANG LURUS INI TERLALU INDAH. Allah letakkan saya di sekolah yang mengajar saya apa itu ISLAM, apa PENTINGNYA ISLAM, dan Allah kelilingi saya dengan rakan-rakan yang kuat pegangan agamanya. Mereka sangat bermakna buat saya. Mereka banyak mengajar saya, membantu saya. Dulu masa saya masih lagi kurang kesedaran agama, saya gemar singkatkan tudung saya supaya tidak melebihi daripada bahu. Tetapi apa yang rakan saya selalu buat? Mereka akan bersembang dengan saya sambil tangan mereka, mereka letakkan di bahu saya dan senyap-senyap mereka tarik tudung saya agar melebihi bahu. Saya malu tetapi lama-kelamaan, saya syukur. Inilah kawan sejati saya.
Di sekolah asrama tu, hari-hari kami mendengar tazkirah. Dengan tazkirah ini, banyak perkara yang saya belajar. Dulu saya tak tahu apa pentingnya menjaga aurat tetapi secara perlahan-lahan, saya lebih paham akan tujuan sebenar Allah menetapkan mengapa aurat itu perlu dijaga.
Rakan sekalian, ALLAH ITU TERAMAT MULIA. Kita buat-NYA murka tetapi DIA bantu kita untuk ke jalan yang lurus. DIA beri kita dugaan agar kita dapat perkara yang lebih baik. Untung kan kita ni. Allah sayang kita tapi kita lalai. Sekarang saya faham mengapa ada rakan yang melupakan saya apabila dia mempunyai teman lain untuk bergembira. Itu kerana saya mudah lupa dan lalai apabila Allah kurniakan rasa bahagia pada saya. ITULAH YANG DI NAMAKAN HUKUM KARMA. Saya harap Allah dapat ampunkan saya dan rakan sekalian atas segala perkara dosa yang telah kita lakukan. AMIN…….

Sebelum itu, ingin saya selitkan disini. Kita jika ingin berubah, carilah ilmu sebanyak mungkin kerana ilmu itu akan membuat kita lebih faham tentang apa yang kita perlu ubah. Ilmu itu juga mampu melembutkan hati untuk berubah. Ilmu ini boleh diperolehi melalui tazkirah, usrah, forum dan sebagainya. Sayang sekalian, dalam utube banyak pasal tazkirah. Dalam tv pun banyak. Kalau boleh, lepas subuh jangan tidur. Buka tv 9 pada pukul 7. Ada program ‘Tanyalah Ustaz’. Tengok la. Banyak input sayang sekalian akan dapat. Selain itu, banyak lagi seperti al-kuliyyah, tanyalah ustazah, pesan atok dll. Kalau utube, haaa… taip je ‘ustaz don’ , ‘ustaz kazim’ , ‘Fatimah syarha’ , ‘ustaz azhar idrus’ , ‘ustaz haslin’ dan banyak lagi… haa… yang saya list ni, semua saya punya favourite tau J cuba lawan rasa malas untuk dngr ceramah. Cuma cuba sekali. Kalian semua akan rasa seronok insyallah sebab banyak input baru anda boleh dapat.. semoga berjaya sayang sekalian…