Kematian adalah
satu perkara yang pasti… memang kita semua tau bahawa ia akan terjadi.
Bayangkan, bayangkan wahai sahabat2 yang saya sayangi… jangan hanya baca kerana
ia hanya akan menjadi sia-sia. Bayangkanlah wahai sahabat sekalian… supaya ia
turun ke lubuk hati kita untuk lebih menghayatinya. Bayangkan! sekarang kita
sedang senang-lenang tapi tiba-tiba, nyawa kita diambil. Kita tak sempat nak
melakukan persediaan. Badan kita telah berbalut dengan kain kapan. Manusia yang
hidup sedang solatkan untuk kita yang dalam keadaan berkapan. Sahabat sekalian,
kita dibalut! Dengan kain putih! Kita tahu mengenai kematian semasa kita hidup
dan sekarang kita sedang merasainya! Bayangkan, setelah itu, kita yang berbalut
kain putih ini diletakkan dalam satu kotak panjang. Owhh… keranda wahai
sahabatku sekalian. Kita diusung ke kubur… kalian.. kita tinggal bawah tanah
sorang-sorang.. ibu, ayah, adik, abang, kakak, kawan, saudara, ustazah… semua
tidak akan ikut kita sehingga ke liang lahad.. sahabat sekalian, liang lahad
itu gelap.. siapa yang akan tenangkan kita seperti mana kita ditenangkan oleh
ibu bapa kita apabila kita dalam ketakutan dahulu? Sahabat, nanti malaikat nak
datang.. nak soal! Sediakah kita? Hati semakin berdebar tapi tiada yang dapat
tenangkan kita, beri kata-kata semangat.. kita sorg2 sahabat sekalian!
SORANG-SORANG! DALAM LIANG LAHAD YANG GELAP DAN KEADAAN DI ATAS KUBUR JUGA,
SURAM! tiba-tiba kita dengar seretan
RANTAI BESI! MALAIKAT SEDANG MENGHAMPIRI KITA! Rantai besi itu adalah hukuman
jika kita tidak dapat jawab persoalannya nanti. Sahabat sekalian, MALAIKAT akan
pukul dengan RANTAI BESI kalau kita salah atau tidak mampu menjawab soalan yang
diberi. Ingat ye, malaikat tidak akan pukul dengan pukulan kasihan, seperti
mana pukulan kasihan daripada ibu bapa dan cikgu..
Berikutnya, apa yang akan berlaku pada kita?
Apakah kisah kita dan malaikat dalam liang lahad itu nanti? Baik atau buruk
keadaannya? sebenarnya, kita yang akan mencorakkan kisah kita dan malaikat itu
nanti. Bagaimana kita mencorakkannya? Dengan amalan kita di dunia lah wahai
sahabat yang disayangi sekalian..… sahabat, sentiasalah beringat bahawa
kematian itu pasti akan terjadi pada kita. Cuma kita tidak akan tahu bila dan
bagaimana keadaan kematian kita nanti.