Friday, 29 November 2013

THE POWER OF QURAN.....

Moga bermanfaat... Quran... SALAH SATU MUKJIZAT KURNIA ALLAH PADA NABI KITA, MUHAMMAD S.A.W

RENUNG2 KAN WAHAI SAHABAT YANG DIKASIHI SEKALIAN...

Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Saturday, 23 November 2013

CERITA TENTANG ALLAHYARHAM AKHI AHMAD AMMAR

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE


COPY PASTE : https://www.facebook.com/letsfollowammar

AHMAD AMMAR



AMMAR... hamba Allah yg terpilih untuk menjadi HEBAT.. bukan hebat kerana hartanya, fizikalnya... tetapi HEBAT dalam menjadi hamba Allah yg GAGAH DISISI ALLAH... Allahhuakbar... moga kita akan menjadi insan terpilih seperti beliau... AMINNN...

SUJUD!



mari kita perbaiki solat agar lebih MOLEK! ^_^

Friday, 22 November 2013

ROKOK!




mana kawan2 yg merokok tu, cubalah sedaya upaya utk berhenti rokok... mulakan dengan perancangan yg teliti.. yg plg penting, mesti ada TEKAD! sbb nak berhenti rokok bkn perkara mudah akibat ketagihan... mari kembali pd fitrah.. semua perokok baik.. cuma mungkin terpengaruh... anda for sure bkn dr lahir dh hisap rokok kan... x rndu ke suasana aman tanpa rokok seperti dulu? oraklah langkah.. kembali pd fitrah... sayangi diri kita.. allah bg pnjm sekejap kehidupan ni... manfaat kan sebaik mungkin ^_^
MARI KITA PERBETUL APA YANG MAKIN KURANG..

Thursday, 21 November 2013

SECRET PEMAKANAN YAHUDI

Artikel by: Dr stephen Carr leon

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beber...apa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar?

Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?

Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan.

Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini?

Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja xxxxxx, jika anda ke xxxxx, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

www.gsr2u.com.my
www.facebook.com/gsr2u

DR ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN

Sekali Sekala : Saya, Kisah Benar & Motivasi Diri

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

... "Zaharuddin, kamu tahu tak bagaimana sukarnya pembelajaran Syariah di Universiti Dimasqh ?" kata rakan sekelas Sarjana Fiqh & Usul Fiqh bernama Toriq.

Pemuda bernama Toriq ini berasal dari Jordan dan merupakan seorang pelajar yang sering mendapat markah tinggi dalam setiap subjek yang diambil. Pada semester itu, saya ambil satu subjek dengannya dan kebetulan guru yang mengajar adalah antara ulama terhebat dalam bidang Usul Fiqh di Timur Tengah. Beliau adalah Syeikh Prof. Dr Muhammad Fathi Ad-Durayni yang ketika itu berumur 80 tahun, tetapi mempunyai ingatan dan ilmu Usul Fiqh yang canggih. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Dimasqh sebagai Dekan Syariah.

Sebenarnya, saya memang sudah mengetahui kesukaran tinggi dalam pengajian Syariah di Universiti Dimasqh di Syria sejak zaman silam sehingga akhir tahun 90 an. (Diberitakan mulai tahun 2004 mereka mengubah cara untuk meringankan imej sukar itu). Demikian yang disebutkan oleh guru kami Syeikh Prof Dr Mohammad ‘Uqlah el-Ibrahim ketika memberi kuliah di dalam kelas Sarjana di Universiti Al-Yarmouk.

Ia disebabkan ulama-ulama hebat yang mengemudi Fakulti Syariah di sana. Seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa dan Syeikh Dr Mustafa As-Siba'ie dan ramai lagi.
Sehingga diberitahu sesiapa yang mampu lulus Sarjana Muda (B.A) Syariah dengan markah sekadar 60 % pun ia sudah seperti mustahil dan amat luar biasa.

"Bagaimana?" Tanya saya kepada Toriq.
"Sehingga, jika aku masuk ke sana pun, aku mungkin lulus tetapi hanya cukup makan sahaja, tetapi jika orang macam kamu masuk, memang tiada harapan" katanya selamba.
Saya hanya tersenyum mendengar kata-kata itu.
Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan ‘Arab. Apatah lagi orang asia seperti saya.

Tercabar dan Mencabar

Tidak mengapa, entah mengapa perangai saya agak berbeza dalam semua perkara yang saya minat dan sukai.
Setiap kali saya dicabar atau tercabar dalam perkara yang saya minati, saya akan menganggapnya sebagai positif dan sekaligus menambah semangat saya.

Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi (advance) ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan keadah mengeluarkan hukum Fiqh dari dalil yang pelbagai. Selain mengajar saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa.

"Zaharuddin...!! Apa yang engkau lakukan??!" kata Toriq selepas sama-sama melihat markah kami terpampang di dinding fakulti Syariah.

Dengan izin Allah, saya muncul pelajar yang memperolehi markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar.
Terdapat beberapa pelajar gagal termasuk pelajar Malaysia.

"Nama kamu boleh dicatat dalam akhbar universiti ni, tidak pernah ada pelajar bukan arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini" Kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil. Maaf saya lupa namanya.


Semester Depan

Semester selepas itu, lebih getir. Jika mengikut jadual, saya tiada pilihan kecuali terpaksa mengambil subjek ‘Isu-isu Fiqh Kontemporari' (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh) melainkan terpaksa mengambilnya dengan seorang lagi guru yang dibenci pelajar arab dan bukan arab, beliau adalah Prof. Dr Abd Naseer Abul Basal kerana sikapnya yang terlalu ‘strict' dalam semakan jawapan dan kerap memberi markah rendah tidak kira kepada pelajar Malaysia dan arab. Malah ramai yang kerap digagalkannya.

Tanya sahaja mana-mana pelajar Malaysia lepasan Jordan yang pernah mengambil subjek dengan Dr Abd Naseer ini. Hampir pasti ramai yang tidak puas hati dengannya. Tetapi saya menyukainya dan beliau juga selesa dengan saya.
Selagi lagi Toriq memberi amaran kepada saya apabila tahu saya sedang berfikir untuk mengambil subjek ini.

"Aku betul-betul ikhlas nasihatkan kamu, jangan ambil subjek dengan Dr Abd Naseer, dia tidak akan beri engkau ilmu mahupun markah" Katanya serius dalam bahasa arab fushah.

Saya merasa tercabar dengan kanyataan Toriq lagi, dan tercabar juga dengan ramai rakan arab lain yang sering menakutkan-nakutkan saya dengan kegagalan.
Saya mengangguk-angguk sahaja. Saya juga tahu hal kesukaran ini, tetapi saya tiada pilihan kerana jika tidak mengambilnya pada semester itu, saya akan lewat menamatkan pengajian.

"MasyaAllah, tahniah-tahniah" kata rakan-rakan arab kepada saya ketika markah ditampal.
Saya katakan kepada Toriq selepas itu :
"Aku suka Dr Abd Naseer, dia adil dalam memberi markah kepada yang layak. aku perolehi ilmu dan markah darinya"
Toriq hanya tersenyum pahit dan terus berlalu.

Alhamdulillah sekali lagi saya mendapat markah tertinggi, tetapi kali ini saya berkongsi dengan seorang lagi pelajar Arab. Kami berdua memperolehi markah luar biasa untuk diperolehi dari Dr Abd Naseer. Ramai yang gagal mencapai markah lulus 70 %. Semua dibawah 70 % adalah gagal dan perlu mengulang subjek.


Apa rahsianya?

Saya juga tidak tahu rahsianya, cuma saya sememangnya meminati subjek Fiqh kontemporari dan semua isu-isunya walaupun sukar dan silibusnya sekitar 2000 muka surat disamping ‘assignment' keseluruhan sekitar 200 muka surat perlu disiapkan dengan rujukan yang mesti banyak.

Setelah fikir-fikir kembali, mungkin ini rahsianya.

Oleh kerana Fiqh kontemporari ini sukar, merangkumi perbincangan detail berkenaan hukum klon, insuran, genetic engineering, derma organ, penguguran janin dalam pelbagai bentuk, brain death dan banyak lagi isu kontemporari. Ia menjadi lebih sukar kerana semua bahan di dalam bahasa arab tinggi dan banyak istilah perbuatan dan sains di dalam bahasa arab. Namun demikian, saya kerap menjadikannya sebagai bahan untuk terbitan artikel saya.

Ertinya, saya menulis dan menterjemahkan bahan-bahan bacaan saya kepada bentuk artikel dan disebarkan melalui dua cara, pertama melalui internet (pada waktu tersebut saya belum mempuyai blog sendiri, justeru disebarkan melalui email dan forum-forum islamik), kedua ia disebarkan melalui kelas.

Saya menawarkan kelas fiqh kontemporari kepada para pelajar Malaysa yang berada di Irbid pada ketika itu, lalu mereka yang berminat dengan ilmu datang berbondong-bondong ke rumah saya untuk mendengar kuliah saya berkenaan topik fiqh kontemporari (terutamanya para pelajar perubatan).

Melalui cara ini saya terpaksa membuat kajian dan perlu memahami sebaik mungkin agar ia dapat disampaikan dan difahami oleh pendengar. Malah perlu juga merujuk kitab-kitab yang tidak termasuk di dalam silibus pengajian. Ternyata kaedah ini berjaya menguatkan ingatan dan kefahaman saya dalam setiap subjek hingga akhirnya memudahkan saya menjawab apa juga bentuk soalan exam yang diberikan. Cubalah..

Tambahan dari itu saya meminati subjek ini kerana ia amat releven dengan masyarakat semasa. Justeru bagi saya, ia adalah satu peluang untuk saya mendapat pahala besar bila pulang ke Malaysia nanti. Saya mesti faham dan memahirkan diri dengan semua tajuk-tajuk tadi bagi menyebarluaskannya di Malaysia. Ia adalah amal jariah buat hari kematian saya. Ia menjadikan saya amat bermotivasi mempelajarinya.

Cerita Berbelas Tahun Dahulu

Entah mengapa rupanya sejak dari dulu saya memang demikian. Jika minat terhadap sesuatu perkara dapat dikembangkan dalam diri ditambah pula perkara itu amat bermanfaat, kemudian dicabar samada secara sengaja atau tidak oleh mana-mana pihak, saya akan mengambilnya sebagai motivasi.

Saya masih ingat 14 tahun dulu, ketika dulu saya meminati nasyid terutamanya bermain kompang. Ketika saya sedang asyik cuba memukul kompang itu, tiba-tiba seorang penasyid universiti dan pakar kompang (penasyid tersebut adalah ahli kumpulan brothers ketika ini) mengatakan cara pukulan saya kelihatan kurang bakat.
Hasilnya, saya belatih dan berlatih sehingga saya dipilih untuk bermain kompang bagi persembahan universiti. Penasyid solonya adalah individu yang menafikan bakat saya tadi.

Kerana saya minat, cuma tatkala itu masih muda, minat pun menurut peredaran zaman, ketika ini saya tidak lagi minat untuk bernasyid, cuma masih mendengar nasyid sahaja.

Tulisan Khat
Saya juga minat menulis khat samada khat diwani, nasakh, thuluth dan lain-lain. Sehingga saya berjumpa seorang senior yang cantik dan indah tulisan khatnya. Beliau merupakan individu yang sering terpilih untuk menulis khat (kain rentang dipentas) bagi majlis besar di dewan universiti dan juga di majalah universiti.

Bila saya tunjukkan bakat saya di depannya, beliau berkata :-

"Jika tengok jari-jari anta ni, rasanya jari anta ni bukan jari orang menulis khat, keras" kata Imran kepada saya.

Saya tercabar, saya berlatih setiap kali ada waktu kosong. Hasilnya, saya perolehi kontrak menulis ratusan tajuk buku fotostat (atas kulit keras) di perpustakaan universiti. Mendapat bayaran juga. Sehingga hari ini tulisan saya boleh dilihat di perpustakaan UM Nilam Puri. Tulisan saya hari ini lebih baik dari apa yang ada di buku tersebut.



Saya juga menulis khat untuk majalah universiti dan majlis besar di dewan universiti, menggantikan senior yang sudah keluar. Saya berjaya buktikan ‘jari keras' saya mampu mencarik adat yang disebutkan senior tadi. Semuanya kerana minat dan motivasi.

Nak lihat tulisan khat saya?..maaf, tiada yang boleh saya scan buat masa ini.
Minat amat penting, anda ingin berjaya?..pastikan ia menjadi minat. Minat boleh datang jika anda punyai ilmu tentang kepentingan perkara itu untuk anda dan masyarakat. Tanpanya minat tidak berguna. Minat sesuatu yang tiada manfaat akhirat adalah sia-sia.

Cabaran Bahasa Arab & Sarjana

Saya lulusan Usuluddin pengkhususan tafsir dan pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, Majoriti pelajaran kami di UM adalah di dalam Bahasa Malaysia. Jika ada subjek yang menggunakan bahasa Arab pun, jawapan peperiksaan adakalanya masih boleh ditulis dalam bahasa Melayu.

Sebelum menyambung Sarjana (MA) pula, saya bekerja selama 3 tahun sebagai pendakwah dan penceramah di seluruh Malaysia, tetapi tidak masuk media dan kerana itu anda tidak mengenali saya. Saya juga tidak mengulang dan tiada masa untuk praktis menyebabkan bahasa arab saya semakin hilang dengan dahysatnya.

Semasa berceramah pula, saya sentiasa mencari bahagian ilmu Islam yang manakah yang kurang dalam masyarakat serta ilmu apakah pula yang patut seorang ustaz dalami untuk membantu masyarakat.

Hasilnya, saya dapati ilmu Fiqh kontemporari dan Fiqh Muamalat adalah bahagian ilmu Islam yang masih agak kurang tumpuan di kalangan ilmuan Islam di Malaysia. Justeru, saya merancang menumpu di bidang tersebut. Demi mencapainya, saya terpaksa bertukar ke bahagian Fiqh dan Usul Fiqh bagi ijazah Sarjana di Jordan.

Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil beberapa matapelajaran tambahan. Bahasa Arab saya tercabar. Ramai yang bertanya,

"tak susah ke?,biasanya orang BA di Timur Tengah, MA di Malaysia, tapi enta ni terbalik, pastu nak tukar bidang pula". Kata beberapa rakan saya.

Memang sukar, saya tercabar kerana tiada kursus Bahasa arab tambahan untuk saya, semuanya perlukan usaha sendiri. Lebih sukar kerana saya perlu berada di tahap bahasa Arab peringkat Sarjana dan berbahas semua isu Fiqh dan Usul Fiqh pada tahap Sarjana, bukannya peringkat asas lagi.

Ini tidak mudah kerana saya hanyalah lulusan BA Usuluddin dan amat kurang penumpuan di bahagian Fiqh dan Usul Fiqh sebelum ini.
Akan tetapi saya amat berminat dengan subjek Usul Fiqh dan saya amat menyedari kepentingannya untuk dunia dan akhirat saya. Tanpa banyak soal, saya perlu mengerah otak dan minda untuk mencapai target ini.

Akhirnya saya berjaya menamatkan MA saya dalam tempoh 2 tahun 10 bulan, terlewat sedikit disebabkan diwajibkan mengambil matapelajaran tambahan selama satu semester.

Bagi perolehi MA dari Jordan atau Timur Tengah, tempoh paling cepat adalah 2 tahun dan paling lewat adalah 7 tahun. Ini disebabkan sistem pembelajaran mereka yang perlukan pengajian kelas dan tesis sekaligus (berbeza MA di UK yang perlukan hanya setahun). Beberapa pelajar Iraq dan Jordan sudah mencecah 4 tahun namun masih lagi gagal menamatkan pengajian mereka.

Bahasa Arab saya tercabar, tetapi akhirnya ketika tesis MA saya di perdebatkan oleh para ilmuan. Bahasa Arab yang saya gunakan dipuji oleh Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa'di al-‘Iraqi sehingga beliau menyangkakan Profesor penyelia saya yang membantu mencipta ayat. Benar, tetapi 80 % tesis itu adalah bahasa yang saya usahakan sendiri dan bukan dari ‘supervisor' saya. Alhamdulillah, tesis itu telah dicetak oleh UIAM press.

Mencabar Demi Ilmu

Yang istimewa di Universiti Al- Yarmouk, saya dibenarkan mencari sendiri supervisor dan ‘munaqish' (iaitu prof penyemak tesis)

Saya dicadangkan oleh rakan-rakan ‘Arab untuk mengambil pensyarah-pensyarah yang mudah lulus untuk penyeliaan tesis. Saya menolak dan sengaja memilih ulama yang paling unggul dengan ilmu dan akhlak di Universiti al-Yarmouk, iaitu guru mursyid saya Syeikh Prof Dr. Md ‘Uqlah el-Ibrahim sebagai penyelia dan Prof. Madya Dr xxx sebagai penyelia kedua (saya rahsiakan namanya agar tidak jatuh mengumpat)
Penyelia kedua ini amat terkenal sangat ‘bias' atau berat sebelah dan menindas semua pelajar bukan Arab. Tanyalah keluaran Fiqh dari Univeristi Yarmouk, Jordan, pasti mereka akan bersetuju.

Rakan-rakan arab pelik dengan sikap saya. Saya akan pastikan kualiti tesis saya tidak akan dapat dinafikan oleh Prof. Madya Dr xxx. Akhirnya, beliau hanya memberikan sedikit komentar dan soalan mudah ketika ‘viva' berlangsung. Lebih menarik, beliau mengakui banyak manfaat baru dari tesis saya. Pujian bagi Allah.

Universiti memberikan kebebasan saya untuk mencadangkan professor penyemak dan pendiskusi tesis. Saya sekali lagi mencabar ilmu dan memotivasikan diri saya dengan memilih ulama yang sukar-sukar, biar saya tercabar.

Saya pinta Prof Dr Abd Naseer Abul Basal sebagai penyemak pertama dan Prof Syeikh Dr Abd Malik As-Sa'di dari Universiti Mu'tah sebagai penyemak kedua. Alhamdulillah Allah izinkan saya berjaya.

Saya juga sempat membuat semakan ringkas dengan Syeikh al-Imam Dr. Yusof Al-Qaradawi untuk memastikan kandungan tesis saya boleh diterima oleh ulama seperti beliau. Alhamdulillah beliau gembira dengan kandungan tesis saya serta memberikan beberapa ‘mulahazat' atau komentar ringkas dan beberapa penghargaan.

Cabaran & Motivasi Bahasa Inggeris

Ketika saya pulang dari Jordan, semua minda saya berbahasa Arab. Bahasa Inggeris sudah hampir pupus dari minda. Menganggur hanya seminggu selepas pulang dan terus bekerja sebagai Eksekutif & Kaunselor Syariah di Ingress Corporation. Kerjaya ini tidak banyak membantu bahasa Inggeris saya, semuanya di dalam bahasa Malaysia.

Beberapa bulan selepas itu, seorang rakan saya berkata bahawa RHB Islamic Bank baru ditubuhkan dan memerlukan Pengurus Syariah. Tetapi beliau tidak yakin saya mampu kerana mereka perlukan ‘English'. Interview juga di dalam ‘English' katanya. Saya terasa tercabar dan dalam masa yang sama saya memang amat ingin mendalami operasi perbankan Islam semasa tetapi saya juga risaukan adalah ‘English' yang betul-betul sudah dilupakan.



Saya faham bahasa Inggeris amat penting bagi seorang pendakwah. Dunia Islam terlalu kurang pendakwah dan ilmuan Syariah yang mampu menulis dan bertutur di dalam bahasa Inggeris. Sehebat dan sebijak al-Qaradawi masih tiada kemampuan bertutur dan merujuk mendalam buku berbahasa Inggeris.

Saya tercabar dan memotivasikan diri. Perancangan dibuat bagi mencapai misi saya. Rakan dan sahabat saya menasihatkan jangan terlibat dengan bank kerana ia adalah satu industri yang tidak ‘mercy' katanya. Tiada belas kasihan kerana kesibukannya akan menghalang saya dari berdakwah.

Saya berjaya akhirnya berkhidmat di RHB ISLAMIC Bank Berhad. Dokumen perbankan semuanya di dalam ‘English'. Saya diperlukan untuk menyemak setiap baris bagi memastikan ketepatannya dengan hukum Syariah. Tahap ‘English' yang digunakan oleh para peguam dan pegawai bank untuk semua dokumen perbankan bukanlah sesuatu yang mudah. Khususnya ia mempunyai banyak istilah-istilah khas yang perlukan huraian lebih lanjut.

Cuma sedikit kekurangannya, di RHB Islamic Bank saya sering berbincang dan melaporkan tugasan kepada boss saya yang berbangsa Maleyu, ini menjadikan saya lebih selesa berbahasa Melayu.Namun apabila saya berpindah kerjaya di Asian Finance Bank Ltd (Qatar Islamic), saya perlu melapor kerjaa terus kepada CEO yang merupakan warga Bahrain. Semua meeting dibuat di dalam English, manakala meeting Shariah dilakukan di dalam Arab sepenuhnya. Satu kerjaya yang sukar tetapi memberikan banyak kelebihankepada saya kerana dapat mengasah kedua-dua bahasa sekaligus.

English saya di tahap biasa, ujian IELTS mencatatkan kemampuan bertutur saya hanya pada tahap Band 7. Usaha masih berterusan bagi meluaskan dakwah di seluruh dunia selepas ini. Untuk perolehi pahala yang meluas di seluruh dunia, Bahasa Inggeris dan Arab diperlukan. Saya akan ke sana insyaAllah..Mari bersama saya mengorak langkah. Oraklah langkah dengan perancangan dan bukan secara spontan TANPA HALA TUJU JELAS.

Motivasi & Saya Lagi

Demikian beberapa coretan peribadi berkaitan motivasi diri saya. Terlalu banyak sebenarnya, tetapi saya tidak pandai mengolah, kurang minat menulis hal peribadi dan kekurangan masa. Cuma atas permintaan dan pertanyaan pengunjung web ini, saya cuba kongsikan apa yang sempat dan mampu.

Semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui Isra Mikraj.
Nabi Ibrahim juga memohon motivasi dari Allah. Lihat bagaimana permohonan Nabi Ibrahim :-

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي

Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)"". " ( Al-Baqarah : 260 )

Kita semua perlukan motivasi, motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan redha dan syurga Allah.
Sebagaimana nabi dan sahabat baginda. Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya :-

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ

Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )

Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba. Manusia sering berlumba bagi perolehi nikmat sementara dunia, harta, nama dan pangkat.

Ingatlah sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki billion ringgit wang juga tidak dapat menangguhkannya dari kematian. Tidak juga boleh merasuah Allah s.w.t untuk memberikan kontrak hidup untuk 3 tahun lagi.

Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.



Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi.

Web & Motivasi

Saya bermotivasi untuk membuat pengisan di web ini hanya kerana merasakan ia mampu membantu akhirat saya. Saya dan keluarga ingin selamat di akhirat, saya ingin selamat di barzakh, saya tahu saya perlu letih untuk itu.

Saya syukur kerana web yang baru berumur setahun jagung ini sudah punyai pelawat yang boleh tahan ramainya. Saya amat gembira kerana melaluinya saya mampu menyampaikan ilmu walaupun saya sedang tidur, ketika saya sedang bertugas. Setiap detik pelawat memanfaatkan ilmu di web ini.

"Larat enta update web ye," kata Ust Khairuddin Aman Razali kepada saya ketika bertandang ke Darul Fuqaha untuk berforum.

Saya menjawab seperti di atas. Gembira melihat ramai yang sudi membaca dan memanfaatkan tulisan kita, beribu-ribu. Sukar sekali ceramah boleh dihadiri oleh seribu pendengar. Melalui web saya berjaya. Ia adalah ilmu yang boleh memanfaatkan saya di barzakh dan akhirat, insyaAllah. Sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w.

Masih segar di ingatan saya, ketika saya sedang sibuk bekerja di bank, saya menyuarakan hasrat untuk punyai web sendiri kepada seorang sahabat yang amat popular di dunia penulisan internet. Sehingga hari ini blog beliau punyai pelawat yang amat ramai. Tatkala itu saya ‘buta' ilmu berkenaan blog dan ‘web site' tapi hasrat itu ada. Kerja di bank sudah berat, ditambah kursus dan ceramah luaran lagi mungkin menyebabkan sahabat ini berkata

"orang macam anta ni, kurang sesuai ada web site"

Begitulah isi kandungan kata-kata beliau, maaf jika lafaznya kurang tepat. Beliau menasihati saya agar tidak melibatkan diri dalam dunia web kerana katanya:
"web yang tidak kerap diupdate seperti sesuatu yang telah mati"
begitulah lebih kurang maksudnya yang meragui kemampuan saya untuk membuat pengisian web disebabkan aktiviti saya.

Telah saya katakan, jika saya minat dan mendapati sesuatu itu memberi manfaat kepada akhirat saya. Pasti akan saya lihat ayat-ayat negatif seseorang itu sebagai positif dan motivasi.

Demikian jugalah yang berlaku kepada nasihat ikhlas sahabat tersebut. Saya anggap sebagai motivasi diri.
Akhirnya saya punyai blog atau ‘website' sendiri (maaf jika anda ingin berdebat berkenaan kalimah web dan blog, saya memang tidak ambil kisah akan perbezaannya).

Selain itu, saya luaskan jangkauan web dengan menubuhkan zaharuddin yahoogroup yang kini dinggotai oleh 2800 orang sehingga amat sukar untuk saya memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kebanyakkannya memerlukan huraian.

Sistem sms 33221 ( sistem ini TELAH SAYA TUTUP SETAKAT INI - 20 april 09) - juga tidak pernah kering dari soalan pelbagai jenis, email saya juga diserang hebat sehingga menyebabkan forum percuma saya terbengkalai. Biarlah, sudah ‘over limit' kemampuan manusia biasa. Biar ia sampai di limit, barulah saya berhenti.

Tugas UIAM & Masa

Bertugas di UIAM, dari satu sudut kelihatan kurang tugasan berbanding bertugas di industri korporat sebelum ini..tetapi rupanya tugas saya semakin bertambah. Hari ini Pengerusi, CEO dan orang kuat sebuah syarikat MLM Bumiputra datang ke UIAM bertemu saya dan rakan baik saya Dr A.W. Meminta kami membuat sejarah dunia kewangan Islam runcit iaitu dengan memperkenalkan model Skim MLM Islamik. Mereka kelihatan bersungguh tetapi ‘blank' tentang model alternative MLM, bantuan kami ditagih untuk menggubal konsep baru MLM.
Saya sudah semakin risau dengan masa saya, sebuah Bank Islam sudah melantik saya sebagai ‘External Syariah Advisor', tugasnya banyak sudah tentu. JAKIM melantik saya sebagai panel bengkel menggubal sukatan Fiqh Muamalat untuk guru takmir seluruh Malaysia, demikian juga Jabatan Mufti Kedah untuk seluruh tawliah negeri Kedah. Beberapa syarikat luar Negara sudah mula meminta tarikh untuk memberikan bantuan dan latihan ilmu Kewangan Islam di sana.
Orang sana minta Kursus Solat, orang sini minta buat kursus Kewangan & Perbankan Islam, dan orang situ pula minta buat kursus etika dan budaya kerja Islam. Orang di atas pula minta bentang kertas kerja di majlis ilmuan Syariah, orang di kanan pula minta semak silibus, orang di hujung pula minta jadi kolumnis sebuah newsletter berbahasa Inggeris, orang di tepi pula minta jadi editor luaran majalah. Semuanya hakiki dan realiti, pengunjung web pula minta "cepat ‘update' ustaz". Penyoal soalan hukum minta cepat jawab, peminta nasihat kaunseling keluarga, minta "ustaz cepatlah tolong selesaikan masalah saya, apa saya nak buat?", dan banyakkkkk lagi.
Ya Allah aku hanya seorang manusia, permudahkan urusanku demi perolehi redhamu. Berikanku kekuatan membantu mereka yang memerlukan.
Doakan kami mampu melakukannya untuk ummat. Jika anda merasakan saya sangat sibuk, NO!, saya belum sibuk berbanding ramai lagi pejuang Islam di Malaysia dan dunia dalam pelbagai bidang. Saya hanya baru 35 % sibuk berbanding mereka.
Jangan bimbang untuk menjemput dan bertanya kepada saya. No problem, InshaAllah saya masih mampu mengurus. Itu salah satu kelebihan yang saya perolehi dari Universiti Malaya dahulu. Belajar melakukan 10 kerja dalam satu masa, dengan siap dan berjaya. Ingin juga saya kongsikan berkenaan pengalaman tersebut, namun di lain masa. Ia juga adalah dituntut Islam, sebagaimana Nabi laksanakan pelbagai tanggungjawab dalam satu masa. Anda juga mesti berkemampuan untuk itu. Anda tentu boleh..
Saya masih ingat, terdapat seorang pelajar bertanya saya:
"ustaz saya tengok dalam profile ustaz, banyak betul kerjaya ustaz, mcam mana ustaz manage semuanya? Khususnya nak pastikan kualiti semua kerja terjamin"
Saya terdiam, tidak tahu dari mana untuk saya mulakan penerangan. Esoknya saya membuka semula profile saya, memang nyata agak banyak juga kerja dan tanggungjawab yang dipikul. Tugas itu sebenarnya belum lengkap dan mash ada yang belum atau tidak saya masukkan.
Namun, belum sampai masa untuk saya huraikan jawapan kepada soalan pelajar tadi. Sebahagian ulasannya telah pernah saya kongsikan dengan pelajar-pelara di Morocco semasa berceramah pada awal April 2009 yang lalu. Semua tugasan itu, boleh diurus jika kita berperancangan dan bermotivasi. Apa yang penting, rasakan itu sedikit dan masih ramai di luar sana yang jauh lebih berat dan panjang senarai kerjanya, dan cemerlang. Dengan melihat seseorang yang lebih berjaya, kita akan terhindar dari sebarang perasaan ujub dan tertipu oleh Syaitan. Allahumma amen.
Berapa Ramai Doa ?
Akhirnya, jika anda meninggal dunia kelak berapa ramai yang anda inginkan orang yang menyembahyangkan jenazah anda?. Sudah tentu kita inginkan lebih ramai bagi perolehi doa mereka.
Motivasikan diri anda bahawa kita tidak perlu terlalu bergantung kepada doa manusia yang hidup sahaja, malah kita juga boleh mendapat doa dari yang lain dari manusia berganda-ganda lebih ramai dan banyak.
Nabi s.a.w menyebut :-

إن اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السماوات وَالْأَرَضِينَ حتى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ على مُعَلِّمِ الناس الْخَيْرَ

Ertinya : Sesungguhnya Allah, Malaikatnya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (Agama)" ( Riwayat At-Tirimizi, 5/50 : Tirmizi : Ghorib, Albani : Sohih).
Al-Mubarakpufi berkata : maksud 'ilmu kebaikan' dalam hadis ini adalah ilmu agama yang dengannya manusia mendapat keselamatan di akhirat. ( Tuhaftul Ahwazi, 7/380).
Cukuplah hadis ini menjadi motivasi buat kita semua untuk berlumba-lumba mengajar kebaikan islam kepada orang lain. Pastikan anda telah pelajari dan fahami Islam dengan baik sebelum berbuat demikian.
Demikian coretan ringan saya yang tidak tersusun. Abaikanlah kelemahan bahasa buat sementara dan fokuskanlah kepada isi kandungannya, moga bermanfaat untuk dunia dan akhirat anda.

Sekian
Zaharuddin Abd RahmanSee More
Photo: ‎(SHARE KEPADA SAHABAT-SAHABAT, MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA ) Sekali Sekala : Saya, Kisah Benar & Motivasi Diri Oleh Zaharuddin Abd Rahman "Zaharuddin, kamu tahu tak bagaimana sukarnya pembelajaran Syariah di Universiti Dimasqh ?" kata rakan sekelas Sarjana Fiqh & Usul Fiqh bernama Toriq. Pemuda bernama Toriq ini berasal dari Jordan dan merupakan seorang pelajar yang sering mendapat markah tinggi dalam setiap subjek yang diambil. Pada semester itu, saya ambil satu subjek dengannya dan kebetulan guru yang mengajar adalah antara ulama terhebat dalam bidang Usul Fiqh di Timur Tengah. Beliau adalah Syeikh Prof. Dr Muhammad Fathi Ad-Durayni yang ketika itu berumur 80 tahun, tetapi mempunyai ingatan dan ilmu Usul Fiqh yang canggih. Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Universiti Dimasqh sebagai Dekan Syariah. Sebenarnya, saya memang sudah mengetahui kesukaran tinggi dalam pengajian Syariah di Universiti Dimasqh di Syria sejak zaman silam sehingga akhir tahun 90 an. (Diberitakan mulai tahun 2004 mereka mengubah cara untuk meringankan imej sukar itu). Demikian yang disebutkan oleh guru kami Syeikh Prof Dr Mohammad ‘Uqlah el-Ibrahim ketika memberi kuliah di dalam kelas Sarjana di Universiti Al-Yarmouk. Ia disebabkan ulama-ulama hebat yang mengemudi Fakulti Syariah di sana. Seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa dan Syeikh Dr Mustafa As-Siba'ie dan ramai lagi. Sehingga diberitahu sesiapa yang mampu lulus Sarjana Muda (B.A) Syariah dengan markah sekadar 60 % pun ia sudah seperti mustahil dan amat luar biasa. "Bagaimana?" Tanya saya kepada Toriq. "Sehingga, jika aku masuk ke sana pun, aku mungkin lulus tetapi hanya cukup makan sahaja, tetapi jika orang macam kamu masuk, memang tiada harapan" katanya selamba. Saya hanya tersenyum mendengar kata-kata itu. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan ‘Arab. Apatah lagi orang asia seperti saya. Tercabar dan Mencabar Tidak mengapa, entah mengapa perangai saya agak berbeza dalam semua perkara yang saya minat dan sukai. Setiap kali saya dicabar atau tercabar dalam perkara yang saya minati, saya akan menganggapnya sebagai positif dan sekaligus menambah semangat saya. Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi (advance) ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan keadah mengeluarkan hukum Fiqh dari dalil yang pelbagai. Selain mengajar saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa. "Zaharuddin...!! Apa yang engkau lakukan??!" kata Toriq selepas sama-sama melihat markah kami terpampang di dinding fakulti Syariah. Dengan izin Allah, saya muncul pelajar yang memperolehi markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir. Kelas peringkat sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar gagal termasuk pelajar Malaysia. "Nama kamu boleh dicatat dalam akhbar universiti ni, tidak pernah ada pelajar bukan arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini" Kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil. Maaf saya lupa namanya. Semester Depan Semester selepas itu, lebih getir. Jika mengikut jadual, saya tiada pilihan kecuali terpaksa mengambil subjek ‘Isu-isu Fiqh Kontemporari' (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh) melainkan terpaksa mengambilnya dengan seorang lagi guru yang dibenci pelajar arab dan bukan arab, beliau adalah Prof. Dr Abd Naseer Abul Basal kerana sikapnya yang terlalu ‘strict' dalam semakan jawapan dan kerap memberi markah rendah tidak kira kepada pelajar Malaysia dan arab. Malah ramai yang kerap digagalkannya. Tanya sahaja mana-mana pelajar Malaysia lepasan Jordan yang pernah mengambil subjek dengan Dr Abd Naseer ini. Hampir pasti ramai yang tidak puas hati dengannya. Tetapi saya menyukainya dan beliau juga selesa dengan saya. Selagi lagi Toriq memberi amaran kepada saya apabila tahu saya sedang berfikir untuk mengambil subjek ini. "Aku betul-betul ikhlas nasihatkan kamu, jangan ambil subjek dengan Dr Abd Naseer, dia tidak akan beri engkau ilmu mahupun markah" Katanya serius dalam bahasa arab fushah. Saya merasa tercabar dengan kanyataan Toriq lagi, dan tercabar juga dengan ramai rakan arab lain yang sering menakutkan-nakutkan saya dengan kegagalan. Saya mengangguk-angguk sahaja. Saya juga tahu hal kesukaran ini, tetapi saya tiada pilihan kerana jika tidak mengambilnya pada semester itu, saya akan lewat menamatkan pengajian. "MasyaAllah, tahniah-tahniah" kata rakan-rakan arab kepada saya ketika markah ditampal. Saya katakan kepada Toriq selepas itu : "Aku suka Dr Abd Naseer, dia adil dalam memberi markah kepada yang layak. aku perolehi ilmu dan markah darinya" Toriq hanya tersenyum pahit dan terus berlalu. Alhamdulillah sekali lagi saya mendapat markah tertinggi, tetapi kali ini saya berkongsi dengan seorang lagi pelajar Arab. Kami berdua memperolehi markah luar biasa untuk diperolehi dari Dr Abd Naseer. Ramai yang gagal mencapai markah lulus 70 %. Semua dibawah 70 % adalah gagal dan perlu mengulang subjek. Apa rahsianya? Saya juga tidak tahu rahsianya, cuma saya sememangnya meminati subjek Fiqh kontemporari dan semua isu-isunya walaupun sukar dan silibusnya sekitar 2000 muka surat disamping ‘assignment' keseluruhan sekitar 200 muka surat perlu disiapkan dengan rujukan yang mesti banyak. Setelah fikir-fikir kembali, mungkin ini rahsianya. Oleh kerana Fiqh kontemporari ini sukar, merangkumi perbincangan detail berkenaan hukum klon, insuran, genetic engineering, derma organ, penguguran janin dalam pelbagai bentuk, brain death dan banyak lagi isu kontemporari. Ia menjadi lebih sukar kerana semua bahan di dalam bahasa arab tinggi dan banyak istilah perbuatan dan sains di dalam bahasa arab. Namun demikian, saya kerap menjadikannya sebagai bahan untuk terbitan artikel saya. Ertinya, saya menulis dan menterjemahkan bahan-bahan bacaan saya kepada bentuk artikel dan disebarkan melalui dua cara, pertama melalui internet (pada waktu tersebut saya belum mempuyai blog sendiri, justeru disebarkan melalui email dan forum-forum islamik), kedua ia disebarkan melalui kelas. Saya menawarkan kelas fiqh kontemporari kepada para pelajar Malaysa yang berada di Irbid pada ketika itu, lalu mereka yang berminat dengan ilmu datang berbondong-bondong ke rumah saya untuk mendengar kuliah saya berkenaan topik fiqh kontemporari (terutamanya para pelajar perubatan). Melalui cara ini saya terpaksa membuat kajian dan perlu memahami sebaik mungkin agar ia dapat disampaikan dan difahami oleh pendengar. Malah perlu juga merujuk kitab-kitab yang tidak termasuk di dalam silibus pengajian. Ternyata kaedah ini berjaya menguatkan ingatan dan kefahaman saya dalam setiap subjek hingga akhirnya memudahkan saya menjawab apa juga bentuk soalan exam yang diberikan. Cubalah.. Tambahan dari itu saya meminati subjek ini kerana ia amat releven dengan masyarakat semasa. Justeru bagi saya, ia adalah satu peluang untuk saya mendapat pahala besar bila pulang ke Malaysia nanti. Saya mesti faham dan memahirkan diri dengan semua tajuk-tajuk tadi bagi menyebarluaskannya di Malaysia. Ia adalah amal jariah buat hari kematian saya. Ia menjadikan saya amat bermotivasi mempelajarinya. Cerita Berbelas Tahun Dahulu Entah mengapa rupanya sejak dari dulu saya memang demikian. Jika minat terhadap sesuatu perkara dapat dikembangkan dalam diri ditambah pula perkara itu amat bermanfaat, kemudian dicabar samada secara sengaja atau tidak oleh mana-mana pihak, saya akan mengambilnya sebagai motivasi. Saya masih ingat 14 tahun dulu, ketika dulu saya meminati nasyid terutamanya bermain kompang. Ketika saya sedang asyik cuba memukul kompang itu, tiba-tiba seorang penasyid universiti dan pakar kompang (penasyid tersebut adalah ahli kumpulan brothers ketika ini) mengatakan cara pukulan saya kelihatan kurang bakat. Hasilnya, saya belatih dan berlatih sehingga saya dipilih untuk bermain kompang bagi persembahan universiti. Penasyid solonya adalah individu yang menafikan bakat saya tadi. Kerana saya minat, cuma tatkala itu masih muda, minat pun menurut peredaran zaman, ketika ini saya tidak lagi minat untuk bernasyid, cuma masih mendengar nasyid sahaja. Tulisan Khat Saya juga minat menulis khat samada khat diwani, nasakh, thuluth dan lain-lain. Sehingga saya berjumpa seorang senior yang cantik dan indah tulisan khatnya. Beliau merupakan individu yang sering terpilih untuk menulis khat (kain rentang dipentas) bagi majlis besar di dewan universiti dan juga di majalah universiti. Bila saya tunjukkan bakat saya di depannya, beliau berkata :- "Jika tengok jari-jari anta ni, rasanya jari anta ni bukan jari orang menulis khat, keras" kata Imran kepada saya. Saya tercabar, saya berlatih setiap kali ada waktu kosong. Hasilnya, saya perolehi kontrak menulis ratusan tajuk buku fotostat (atas kulit keras) di perpustakaan universiti. Mendapat bayaran juga. Sehingga hari ini tulisan saya boleh dilihat di perpustakaan UM Nilam Puri. Tulisan saya hari ini lebih baik dari apa yang ada di buku tersebut. Saya juga menulis khat untuk majalah universiti dan majlis besar di dewan universiti, menggantikan senior yang sudah keluar. Saya berjaya buktikan ‘jari keras' saya mampu mencarik adat yang disebutkan senior tadi. Semuanya kerana minat dan motivasi. Nak lihat tulisan khat saya?..maaf, tiada yang boleh saya scan buat masa ini. Minat amat penting, anda ingin berjaya?..pastikan ia menjadi minat. Minat boleh datang jika anda punyai ilmu tentang kepentingan perkara itu untuk anda dan masyarakat. Tanpanya minat tidak berguna. Minat sesuatu yang tiada manfaat akhirat adalah sia-sia. Cabaran Bahasa Arab & Sarjana Saya lulusan Usuluddin pengkhususan tafsir dan pentadbiran Awam dari Universiti Malaya, Majoriti pelajaran kami di UM adalah di dalam Bahasa Malaysia. Jika ada subjek yang menggunakan bahasa Arab pun, jawapan peperiksaan adakalanya masih boleh ditulis dalam bahasa Melayu. Sebelum menyambung Sarjana (MA) pula, saya bekerja selama 3 tahun sebagai pendakwah dan penceramah di seluruh Malaysia, tetapi tidak masuk media dan kerana itu anda tidak mengenali saya. Saya juga tidak mengulang dan tiada masa untuk praktis menyebabkan bahasa arab saya semakin hilang dengan dahysatnya. Semasa berceramah pula, saya sentiasa mencari bahagian ilmu Islam yang manakah yang kurang dalam masyarakat serta ilmu apakah pula yang patut seorang ustaz dalami untuk membantu masyarakat. Hasilnya, saya dapati ilmu Fiqh kontemporari dan Fiqh Muamalat adalah bahagian ilmu Islam yang masih agak kurang tumpuan di kalangan ilmuan Islam di Malaysia. Justeru, saya merancang menumpu di bidang tersebut. Demi mencapainya, saya terpaksa bertukar ke bahagian Fiqh dan Usul Fiqh bagi ijazah Sarjana di Jordan. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil beberapa matapelajaran tambahan. Bahasa Arab saya tercabar. Ramai yang bertanya, "tak susah ke?,biasanya orang BA di Timur Tengah, MA di Malaysia, tapi enta ni terbalik, pastu nak tukar bidang pula". Kata beberapa rakan saya. Memang sukar, saya tercabar kerana tiada kursus Bahasa arab tambahan untuk saya, semuanya perlukan usaha sendiri. Lebih sukar kerana saya perlu berada di tahap bahasa Arab peringkat Sarjana dan berbahas semua isu Fiqh dan Usul Fiqh pada tahap Sarjana, bukannya peringkat asas lagi. Ini tidak mudah kerana saya hanyalah lulusan BA Usuluddin dan amat kurang penumpuan di bahagian Fiqh dan Usul Fiqh sebelum ini. Akan tetapi saya amat berminat dengan subjek Usul Fiqh dan saya amat menyedari kepentingannya untuk dunia dan akhirat saya. Tanpa banyak soal, saya perlu mengerah otak dan minda untuk mencapai target ini. Akhirnya saya berjaya menamatkan MA saya dalam tempoh 2 tahun 10 bulan, terlewat sedikit disebabkan diwajibkan mengambil matapelajaran tambahan selama satu semester. Bagi perolehi MA dari Jordan atau Timur Tengah, tempoh paling cepat adalah 2 tahun dan paling lewat adalah 7 tahun. Ini disebabkan sistem pembelajaran mereka yang perlukan pengajian kelas dan tesis sekaligus (berbeza MA di UK yang perlukan hanya setahun). Beberapa pelajar Iraq dan Jordan sudah mencecah 4 tahun namun masih lagi gagal menamatkan pengajian mereka. Bahasa Arab saya tercabar, tetapi akhirnya ketika tesis MA saya di perdebatkan oleh para ilmuan. Bahasa Arab yang saya gunakan dipuji oleh Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa'di al-‘Iraqi sehingga beliau menyangkakan Profesor penyelia saya yang membantu mencipta ayat. Benar, tetapi 80 % tesis itu adalah bahasa yang saya usahakan sendiri dan bukan dari ‘supervisor' saya. Alhamdulillah, tesis itu telah dicetak oleh UIAM press. Mencabar Demi Ilmu Yang istimewa di Universiti Al- Yarmouk, saya dibenarkan mencari sendiri supervisor dan ‘munaqish' (iaitu prof penyemak tesis) Saya dicadangkan oleh rakan-rakan ‘Arab untuk mengambil pensyarah-pensyarah yang mudah lulus untuk penyeliaan tesis. Saya menolak dan sengaja memilih ulama yang paling unggul dengan ilmu dan akhlak di Universiti al-Yarmouk, iaitu guru mursyid saya Syeikh Prof Dr. Md ‘Uqlah el-Ibrahim sebagai penyelia dan Prof. Madya Dr xxx sebagai penyelia kedua (saya rahsiakan namanya agar tidak jatuh mengumpat) Penyelia kedua ini amat terkenal sangat ‘bias' atau berat sebelah dan menindas semua pelajar bukan Arab. Tanyalah keluaran Fiqh dari Univeristi Yarmouk, Jordan, pasti mereka akan bersetuju. Rakan-rakan arab pelik dengan sikap saya. Saya akan pastikan kualiti tesis saya tidak akan dapat dinafikan oleh Prof. Madya Dr xxx. Akhirnya, beliau hanya memberikan sedikit komentar dan soalan mudah ketika ‘viva' berlangsung. Lebih menarik, beliau mengakui banyak manfaat baru dari tesis saya. Pujian bagi Allah. Universiti memberikan kebebasan saya untuk mencadangkan professor penyemak dan pendiskusi tesis. Saya sekali lagi mencabar ilmu dan memotivasikan diri saya dengan memilih ulama yang sukar-sukar, biar saya tercabar. Saya pinta Prof Dr Abd Naseer Abul Basal sebagai penyemak pertama dan Prof Syeikh Dr Abd Malik As-Sa'di dari Universiti Mu'tah sebagai penyemak kedua. Alhamdulillah Allah izinkan saya berjaya. Saya juga sempat membuat semakan ringkas dengan Syeikh al-Imam Dr. Yusof Al-Qaradawi untuk memastikan kandungan tesis saya boleh diterima oleh ulama seperti beliau. Alhamdulillah beliau gembira dengan kandungan tesis saya serta memberikan beberapa ‘mulahazat' atau komentar ringkas dan beberapa penghargaan. Cabaran & Motivasi Bahasa Inggeris Ketika saya pulang dari Jordan, semua minda saya berbahasa Arab. Bahasa Inggeris sudah hampir pupus dari minda. Menganggur hanya seminggu selepas pulang dan terus bekerja sebagai Eksekutif & Kaunselor Syariah di Ingress Corporation. Kerjaya ini tidak banyak membantu bahasa Inggeris saya, semuanya di dalam bahasa Malaysia. Beberapa bulan selepas itu, seorang rakan saya berkata bahawa RHB Islamic Bank baru ditubuhkan dan memerlukan Pengurus Syariah. Tetapi beliau tidak yakin saya mampu kerana mereka perlukan ‘English'. Interview juga di dalam ‘English' katanya. Saya terasa tercabar dan dalam masa yang sama saya memang amat ingin mendalami operasi perbankan Islam semasa tetapi saya juga risaukan adalah ‘English' yang betul-betul sudah dilupakan. Saya faham bahasa Inggeris amat penting bagi seorang pendakwah. Dunia Islam terlalu kurang pendakwah dan ilmuan Syariah yang mampu menulis dan bertutur di dalam bahasa Inggeris. Sehebat dan sebijak al-Qaradawi masih tiada kemampuan bertutur dan merujuk mendalam buku berbahasa Inggeris. Saya tercabar dan memotivasikan diri. Perancangan dibuat bagi mencapai misi saya. Rakan dan sahabat saya menasihatkan jangan terlibat dengan bank kerana ia adalah satu industri yang tidak ‘mercy' katanya. Tiada belas kasihan kerana kesibukannya akan menghalang saya dari berdakwah. Saya berjaya akhirnya berkhidmat di RHB ISLAMIC Bank Berhad. Dokumen perbankan semuanya di dalam ‘English'. Saya diperlukan untuk menyemak setiap baris bagi memastikan ketepatannya dengan hukum Syariah. Tahap ‘English' yang digunakan oleh para peguam dan pegawai bank untuk semua dokumen perbankan bukanlah sesuatu yang mudah. Khususnya ia mempunyai banyak istilah-istilah khas yang perlukan huraian lebih lanjut. Cuma sedikit kekurangannya, di RHB Islamic Bank saya sering berbincang dan melaporkan tugasan kepada boss saya yang berbangsa Maleyu, ini menjadikan saya lebih selesa berbahasa Melayu.Namun apabila saya berpindah kerjaya di Asian Finance Bank Ltd (Qatar Islamic), saya perlu melapor kerjaa terus kepada CEO yang merupakan warga Bahrain. Semua meeting dibuat di dalam English, manakala meeting Shariah dilakukan di dalam Arab sepenuhnya. Satu kerjaya yang sukar tetapi memberikan banyak kelebihankepada saya kerana dapat mengasah kedua-dua bahasa sekaligus. English saya di tahap biasa, ujian IELTS mencatatkan kemampuan bertutur saya hanya pada tahap Band 7. Usaha masih berterusan bagi meluaskan dakwah di seluruh dunia selepas ini. Untuk perolehi pahala yang meluas di seluruh dunia, Bahasa Inggeris dan Arab diperlukan. Saya akan ke sana insyaAllah..Mari bersama saya mengorak langkah. Oraklah langkah dengan perancangan dan bukan secara spontan TANPA HALA TUJU JELAS. Motivasi & Saya Lagi Demikian beberapa coretan peribadi berkaitan motivasi diri saya. Terlalu banyak sebenarnya, tetapi saya tidak pandai mengolah, kurang minat menulis hal peribadi dan kekurangan masa. Cuma atas permintaan dan pertanyaan pengunjung web ini, saya cuba kongsikan apa yang sempat dan mampu. Semua manusia perlukan motivasi. Nabi Muhammad s.a.w diberikan motivasi melalui Isra Mikraj. Nabi Ibrahim juga memohon motivasi dari Allah. Lihat bagaimana permohonan Nabi Ibrahim :- وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)"". " ( Al-Baqarah : 260 ) Kita semua perlukan motivasi, motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan redha dan syurga Allah. Sebagaimana nabi dan sahabat baginda. Allah s.w.t mencatatkan betapa bermotivasinya mereka mengejar keredhaan dan syurga Allah dengan firmannya :- خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 ) Lihat Allah s.w.t ingin kita sentiasa bermotivasi untuk mencapai kebaikan syurga. Berlumba-lumba. Manusia sering berlumba bagi perolehi nikmat sementara dunia, harta, nama dan pangkat. Ingatlah sekaya-kaya Lim Goh Tong yang memiliki billion ringgit wang juga tidak dapat menangguhkannya dari kematian. Tidak juga boleh merasuah Allah s.w.t untuk memberikan kontrak hidup untuk 3 tahun lagi. Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah. Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari. Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis. Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi. Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua. JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN. Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi. Web & Motivasi Saya bermotivasi untuk membuat pengisan di web ini hanya kerana merasakan ia mampu membantu akhirat saya. Saya dan keluarga ingin selamat di akhirat, saya ingin selamat di barzakh, saya tahu saya perlu letih untuk itu. Saya syukur kerana web yang baru berumur setahun jagung ini sudah punyai pelawat yang boleh tahan ramainya. Saya amat gembira kerana melaluinya saya mampu menyampaikan ilmu walaupun saya sedang tidur, ketika saya sedang bertugas. Setiap detik pelawat memanfaatkan ilmu di web ini. "Larat enta update web ye," kata Ust Khairuddin Aman Razali kepada saya ketika bertandang ke Darul Fuqaha untuk berforum. Saya menjawab seperti di atas. Gembira melihat ramai yang sudi membaca dan memanfaatkan tulisan kita, beribu-ribu. Sukar sekali ceramah boleh dihadiri oleh seribu pendengar. Melalui web saya berjaya. Ia adalah ilmu yang boleh memanfaatkan saya di barzakh dan akhirat, insyaAllah. Sebagaimana disebut oleh Nabi s.a.w. Masih segar di ingatan saya, ketika saya sedang sibuk bekerja di bank, saya menyuarakan hasrat untuk punyai web sendiri kepada seorang sahabat yang amat popular di dunia penulisan internet. Sehingga hari ini blog beliau punyai pelawat yang amat ramai. Tatkala itu saya ‘buta' ilmu berkenaan blog dan ‘web site' tapi hasrat itu ada. Kerja di bank sudah berat, ditambah kursus dan ceramah luaran lagi mungkin menyebabkan sahabat ini berkata "orang macam anta ni, kurang sesuai ada web site" Begitulah isi kandungan kata-kata beliau, maaf jika lafaznya kurang tepat. Beliau menasihati saya agar tidak melibatkan diri dalam dunia web kerana katanya: "web yang tidak kerap diupdate seperti sesuatu yang telah mati" begitulah lebih kurang maksudnya yang meragui kemampuan saya untuk membuat pengisian web disebabkan aktiviti saya. Telah saya katakan, jika saya minat dan mendapati sesuatu itu memberi manfaat kepada akhirat saya. Pasti akan saya lihat ayat-ayat negatif seseorang itu sebagai positif dan motivasi. Demikian jugalah yang berlaku kepada nasihat ikhlas sahabat tersebut. Saya anggap sebagai motivasi diri. Akhirnya saya punyai blog atau ‘website' sendiri (maaf jika anda ingin berdebat berkenaan kalimah web dan blog, saya memang tidak ambil kisah akan perbezaannya). Selain itu, saya luaskan jangkauan web dengan menubuhkan zaharuddin yahoogroup yang kini dinggotai oleh 2800 orang sehingga amat sukar untuk saya memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kebanyakkannya memerlukan huraian. Sistem sms 33221 ( sistem ini TELAH SAYA TUTUP SETAKAT INI - 20 april 09) - juga tidak pernah kering dari soalan pelbagai jenis, email saya juga diserang hebat sehingga menyebabkan forum percuma saya terbengkalai. Biarlah, sudah ‘over limit' kemampuan manusia biasa. Biar ia sampai di limit, barulah saya berhenti. Tugas UIAM & Masa Bertugas di UIAM, dari satu sudut kelihatan kurang tugasan berbanding bertugas di industri korporat sebelum ini..tetapi rupanya tugas saya semakin bertambah. Hari ini Pengerusi, CEO dan orang kuat sebuah syarikat MLM Bumiputra datang ke UIAM bertemu saya dan rakan baik saya Dr A.W. Meminta kami membuat sejarah dunia kewangan Islam runcit iaitu dengan memperkenalkan model Skim MLM Islamik. Mereka kelihatan bersungguh tetapi ‘blank' tentang model alternative MLM, bantuan kami ditagih untuk menggubal konsep baru MLM. Saya sudah semakin risau dengan masa saya, sebuah Bank Islam sudah melantik saya sebagai ‘External Syariah Advisor', tugasnya banyak sudah tentu. JAKIM melantik saya sebagai panel bengkel menggubal sukatan Fiqh Muamalat untuk guru takmir seluruh Malaysia, demikian juga Jabatan Mufti Kedah untuk seluruh tawliah negeri Kedah. Beberapa syarikat luar Negara sudah mula meminta tarikh untuk memberikan bantuan dan latihan ilmu Kewangan Islam di sana. Orang sana minta Kursus Solat, orang sini minta buat kursus Kewangan & Perbankan Islam, dan orang situ pula minta buat kursus etika dan budaya kerja Islam. Orang di atas pula minta bentang kertas kerja di majlis ilmuan Syariah, orang di kanan pula minta semak silibus, orang di hujung pula minta jadi kolumnis sebuah newsletter berbahasa Inggeris, orang di tepi pula minta jadi editor luaran majalah. Semuanya hakiki dan realiti, pengunjung web pula minta "cepat ‘update' ustaz". Penyoal soalan hukum minta cepat jawab, peminta nasihat kaunseling keluarga, minta "ustaz cepatlah tolong selesaikan masalah saya, apa saya nak buat?", dan banyakkkkk lagi. Ya Allah aku hanya seorang manusia, permudahkan urusanku demi perolehi redhamu. Berikanku kekuatan membantu mereka yang memerlukan. Doakan kami mampu melakukannya untuk ummat. Jika anda merasakan saya sangat sibuk, NO!, saya belum sibuk berbanding ramai lagi pejuang Islam di Malaysia dan dunia dalam pelbagai bidang. Saya hanya baru 35 % sibuk berbanding mereka. Jangan bimbang untuk menjemput dan bertanya kepada saya. No problem, InshaAllah saya masih mampu mengurus. Itu salah satu kelebihan yang saya perolehi dari Universiti Malaya dahulu. Belajar melakukan 10 kerja dalam satu masa, dengan siap dan berjaya. Ingin juga saya kongsikan berkenaan pengalaman tersebut, namun di lain masa. Ia juga adalah dituntut Islam, sebagaimana Nabi laksanakan pelbagai tanggungjawab dalam satu masa. Anda juga mesti berkemampuan untuk itu. Anda tentu boleh.. Saya masih ingat, terdapat seorang pelajar bertanya saya: "ustaz saya tengok dalam profile ustaz, banyak betul kerjaya ustaz, mcam mana ustaz manage semuanya? Khususnya nak pastikan kualiti semua kerja terjamin" Saya terdiam, tidak tahu dari mana untuk saya mulakan penerangan. Esoknya saya membuka semula profile saya, memang nyata agak banyak juga kerja dan tanggungjawab yang dipikul. Tugas itu sebenarnya belum lengkap dan mash ada yang belum atau tidak saya masukkan. Namun, belum sampai masa untuk saya huraikan jawapan kepada soalan pelajar tadi. Sebahagian ulasannya telah pernah saya kongsikan dengan pelajar-pelara di Morocco semasa berceramah pada awal April 2009 yang lalu. Semua tugasan itu, boleh diurus jika kita berperancangan dan bermotivasi. Apa yang penting, rasakan itu sedikit dan masih ramai di luar sana yang jauh lebih berat dan panjang senarai kerjanya, dan cemerlang. Dengan melihat seseorang yang lebih berjaya, kita akan terhindar dari sebarang perasaan ujub dan tertipu oleh Syaitan. Allahumma amen. Berapa Ramai Doa ? Akhirnya, jika anda meninggal dunia kelak berapa ramai yang anda inginkan orang yang menyembahyangkan jenazah anda?. Sudah tentu kita inginkan lebih ramai bagi perolehi doa mereka. Motivasikan diri anda bahawa kita tidak perlu terlalu bergantung kepada doa manusia yang hidup sahaja, malah kita juga boleh mendapat doa dari yang lain dari manusia berganda-ganda lebih ramai dan banyak. Nabi s.a.w menyebut :- إن اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السماوات وَالْأَرَضِينَ حتى النَّمْلَةَ في جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ على مُعَلِّمِ الناس الْخَيْرَ Ertinya : Sesungguhnya Allah, Malaikatnya, penduduk langit dan bumi sehinggakan semut di sarangnya dan ikan di lautan akan pasti mendoakan (kebaikan) buat orang yang mengajar manusia ilmu kebaikan (Agama)" ( Riwayat At-Tirimizi, 5/50 : Tirmizi : Ghorib, Albani : Sohih). Al-Mubarakpufi berkata : maksud 'ilmu kebaikan' dalam hadis ini adalah ilmu agama yang dengannya manusia mendapat keselamatan di akhirat. ( Tuhaftul Ahwazi, 7/380). Cukuplah hadis ini menjadi motivasi buat kita semua untuk berlumba-lumba mengajar kebaikan islam kepada orang lain. Pastikan anda telah pelajari dan fahami Islam dengan baik sebelum berbuat demikian. Demikian coretan ringan saya yang tidak tersusun. Abaikanlah kelemahan bahasa buat sementara dan fokuskanlah kepada isi kandungannya, moga bermanfaat untuk dunia dan akhirat anda. Sekian Zaharuddin Abd Rahman‎